Sabtu, 30 April 2011

Kisah Seorang Penggali Kubur

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.

Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya.
Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.

“Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
“ Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahwa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

“Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.
Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Setelah anda membaca kisah ini, Sebarkan atau sampaikan kepada sahabat dan rakan-rakan anda…
Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.


Silahkan Baca juga Postingan berikut:

2 komentar:

Alif Sunda : 30 April 2011 16.55 mengatakan...

masya allah, ini diambil dari kisah nyata bukan gan?
ngeri saya dengernya tapi ini suatu pembelajaran yang bermanfaat..

Sony : 30 April 2011 23.08 mengatakan...

wah kalo ngebaca jam segini" jd ngeri rasannya, tapi degan adanya kata2 ini (Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali.
Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan)

saya berpikir Positif saja lah


Silahkan Berkomentar

Silahkan berkomentar dengan bijak sesuai tema tulisan. Gunakan Name/URL untuk memudahkan saya merespon komentar Anda.

Buku Tamu

Cerita Kampoeng BUGIS

Walaupun sebelunya saya tidak pernah tertarik dengan hal yang satu ini, saya lebih cenderung bergelut dengan game online yang menurut saya lebih seru dan mengasyikkan. Nama saya AM. Ridham, dengan title lulusan S1 Fisika UNM membuat saya bergelut dengan kerjaan yang lebih banyak di depan komputer. Dari seorang senior saya waktu kuliah dulu, mengajari saya tentang cara membuat blog. Walaupun kursus darinya sangat singkat (antara pukul 02:00 sampai 04:30 dini hari) telah melahirkan blog sederhana ini.

Kampoeng bugis merupakan blog yang menyajikan informasi baik berupa Artikel, Opini, Gambar, dll yang tentunya bermanfaat bagi kita semua. Nama "Kampoeng Bugis" terinspirasi dari sebuah suku di Sulawesi Selatan yang masih menjujung tinggi ada istiadat di tengah-tengah era moderenisasi yaitu suku bugis.

Blog ini tidak hanya berbagi mengenai suku Bugis tetapi juga menghadirkan informasi secara umum, walaupun nama Blog ini seakan-akan terkhusus pada satu sisi. Di dalam perjalanannya tentunya Blog ini masih sangat jauh dari kesempurnaan, tentunya sangat membutuhkan saran-saran dari para pengunjung Blog ini.

My Banner Link

Mau Tukar Link? Copy/paste code HTML berikut ke blog anda

Kampoeng Bugis


 

Friend Connect

Back Link

The Republic of Indonesian Blogger | Garuda di Dadaku Unlimited Automatic Link Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Free Auto Backlinks Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free PageRank Checker Blogarama - The Blog Directory Top Show all blogs TOP.ORG - Topsites Personal BlogRankers.com Personal blog-indonesia.com

Donasi

Jika anda menganggap blog ini bermanfaat, sekiranya memberi sumbangan sukarela demi pengembangan blog ini